Kali ni aku nak cerita pasal satu benda ni.. pernah tak korang dengar pasal penapis air ??? nak dijadikan cerita, minggu lepas… ada la mamat ni bertiga dating kat rumah aku.. time tu aku takde lagi dekat rumah.. ma dengan abah aku jer yang ada time tu.. sampai je aku dekat rumah.. aku tengok dorang dok sibok promote pasal penapis air dorang.. SWISSPRO kalau tak silap aku nama penapis air tu..
Macam-macam demonstrasi dorang buat siap-siap dapat tukar colour ape semua.. haishh…. Dorang ingat aku terpedaya la dengan trick macam tu.. cerite punye cerita… ada pulak yang cakap produk dorang ni tentera yang pakai.. bukan takat tentera je.. polis, hospital, bank… haha.. cara dorang promote ni mengalahkan karpal singh…aku rasa, kalau dibawak ke parlimen.. mesti menang punya la…
Masuk pulak pasal khasiat ni… kata dorang yang produk ni dapat elak banyak penyakit.. topik ni la yang paling aku geli hati… ada bukti saintifik ke yang penyakit tu semua dapat sembuh kalau pakai produk ni.. dorang cakap pelbagai penyakit.. antara penyakit yang aku ingat dari ape yang dorang cakap seperti penyakit
·
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Gatal-gatal
- Sakit kepala
Logik ke penyakit macam tu dapat sembuh??? Baik hospital @ klinik je yang jual penapis air ni… kan dorang pakar pasal penyakit-penyakit ni…Bagi aku la kan.. semua penapis air ni sama je.. pakai la yang mahal ke… yang murah ke… yang penting air tu kena masak dulu… sekarang ni.. banyak produk-produk keluar.. ade sampai yang boleh tukar air paip kepada air zam zam pun ada… bukan air zam zam tu air dari syurga ke??? Hahaha…
Harga yang ditawarkan pulak.. kalau murah takpe la… ni sampai tiga empat ribu… baik beli filter biasa je… pasang dekat paip rumah tu… modal tak sampai seratus.. janji air tu direbus dulu sebelum minum.. kualiti sama je… selain tu, ada jugak yang jenis MLM… huuhh!!! Melampau…. Siap ke bayar pendahuluan tu.. yang paksa bayar cash pon ada jugak… kalo takde cash.. kad kredit pon boleh kata dorang… patut ke macam tu???
Bagi saleman/salegirl pulak… kalau nak cari makan pun.. biar la kena dengan tempat.. tengok suasana jugak… jangan tahu nak ambil kesempatan je… target orang-ornag tua… tahu la golongan tu kurang pandai dalam hal-hal seperti ni…
So, kepada mana-mana saleman/salegirl kat luar tu… yang terbaca entri ni.. harap fikir-fikirkan lah… lepas tu selamat beramal okey… tak salah cari rezeki tapi biarlah halal.. jangan tahu nak menipu je… tak kan nak kasi anak bini makan rezeki yang harap kan???